Featured Video

PTAR FC MENENTANG PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR (PNS FC)

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (Bola Padang) di antara PTAR FC menentang PNS FC

LIGA CAROM : KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP PTAR

PERHATIAN: Pasukan PENDEKAR(MERAH) dan Pasukan LAKSAMANA(HIJAU) perlawanan penentuan

KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP PTAR

Pasukan Sukan Kelab PTAR

KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP PTAR

KEJOHANAN SUKAN BOLA TAMPAR KELAB PTAR

SUKAN HARI KELUARGA

Hari Keluarga PTAR adalah bagi mengeratkan hubungan diantara staf dan ahli keluarga disamping menerapkan nilai-nilai positif dikalangan warga perpustakaan

18 Nov 2015

Perlawanan Bola sepak diantara IPPB FC (Polis Bantuan) menetang PTAR


Semalam berlangsung perlawanan Bola sepak diantara IPPB FC (Polis Bantuan) menetang PTAR. Bertempat dipadang Bola Pusat Sukan UiTM

Keputusan adalah seperti berikut:





IPPB FC (2)

LAWAN

(2) PTAR FC



1st Half (30min)



- PB (13m)
- PB  (22m)






2nd Half (30min)





- Rashid (18m)
- Afnan (28m)




Kawalan Permainan



30%


70%







1 Apr 2015

Perlawanan Separuh Akhir PTAR FC


Pasukan Futsal PTAR FC telah berjaya memasuki peringkat Separuh Akhir Liga Futsal INTEC. Pasukan PTAR FC hanya selangkah lagi untuk ke Perlawanan Akhir. Sehubungan itu, pasukan akan beraksi pada petang ini untuk perlawanan separuh akhir. Jadual perlawanan adalah seperti berikut:



Tarikh : 2 / 4 / 2015 

Hari :  Khamis

Masa  : 6 petang

Venue : Triways (berhadapan JPJ Shah Alam)



Oleh itu, mari warga PTAR beri sokongan kepada pasukan PTAR FC yang dianggap pasukan "Underdog" kerana dalam liga tersebut PTAR FC antara pasukan Staf yang berjaya ke peringkat tersebut. 



Ayuh laungkan sokongan pada pasukan kita...

PTAR FC "KITA BERSAUDARA"

26 Jan 2015

Santai Bersama Mengeratkan Silaturrahim @Hari Keluarga PTAR, Wetland Camp Site, Putrajaya

Program Hari Keluarga Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM telah diadakan pada 24 Januari 2015 bertempat di Camp Site Wetland, Putrajaya. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM).
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada staf dan ahli keluarga. Ini membuktikan warga PTAR sangat komited bukan sahaja dengan tugas di pejabat, malah sangat menyokong segala aktiviti di luar pejabat.

Hari Keluarga yang penuh ceria ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik Antaranya ialah Senaman Zumba yang diketuai oleh Cik Ana yang didatangkan khas dari Zumba Fitness, Pertandingan Mewarna,  Isi Air dalam Botol, Acara Boling Padang, Aduhai Cantiknya, Cabutan bertuah, dan banyak lagi.

Acara kemuncak adalah acara tarik tali kategori lelaki dan wanita serta sesi penyampaian  Anugerah kepada Keluarga Ceria, Keluarga Sedondon dan Staf Ceria.

Ucapan Perasmian oleh Encik Noor Hidayat Adnan


Penuh penumpuan ketika mendengar ucapan perasmian dari Ketua Pustakawan PTAR

Nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia

Pengacara Majlis yang sempoi




Acara pelepasan belon merupakan simbolik Perasmian yang disempurnakan oleh
 Encik Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM)





Kehadiran badut yang menceriakan kanak-kanak





Aktiviti riadah yang penuh santai staf bersama keluarga masing-masing





Antara wajah-wajah ceria yang menyerikan sambutan Hari Keluarga PTAR

Staf yang terdiri dari Pasukan Hijau

Pasukan Biru yang bersemangat waja

Pasukan Merah yang gagah berani

Pasukan Kuning yang sentiasa ceria

Aktiviti senaman oleh Jurulatih profesional Zumba Fitness

Staf yang sporting memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti senaman

Ketua Pustakawan turut menyertai aktiviti senaman pada waktu pagi



Antara wajah-wajah ceria ketika senaman zumba fitness dijalankan

Persekitaran Taman Wetland yang hijau dan mendamaikan


Antara orang kuat yang memastikan kelancaran Hari Keluarga PTAR 2015



Aktiviti Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah : Pertandingan Mewarna







Antara si cilik yang menyertai pertandingan mewarna







Acara sukaneka kanak-kanak iaitu "Isi Air dalam Botol"


Wajah-wajah santai memberikan sokongan sewaktu aktiviti sukaneka



Acara Boling Padang


Acara "Baling bola ke dalam bakul"

Acara "Kupas kacang"




Pertandingan "Aduhai Cantiknya"




Acara kategori dewasa, "Romantiknya" merupakan aktiviti suap menyuap pasangan


Acara sukaneka kategori dewasa, "Kepit Kacang"










Sekitar Pertandingan Tarik Tali yang dijalankan






























Sekitar sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang