Featured Video

PTAR FC MENENTANG PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR (PNS FC)

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (Bola Padang) di antara PTAR FC menentang PNS FC

LIGA CAROM : KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP PTAR

PERHATIAN: Pasukan PENDEKAR(MERAH) dan Pasukan LAKSAMANA(HIJAU) perlawanan penentuan

KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP PTAR

Pasukan Sukan Kelab PTAR

KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP PTAR

KEJOHANAN SUKAN BOLA TAMPAR KELAB PTAR

SUKAN HARI KELUARGA

Hari Keluarga PTAR adalah bagi mengeratkan hubungan diantara staf dan ahli keluarga disamping menerapkan nilai-nilai positif dikalangan warga perpustakaan

22 Dec 2014

Hari Keluarga PTAR 2015.

Warga PTAR yang dihormati,

Ayuh kita rehatkan diri, tenangkan fikiran dan bergembira di Hari Keluarga PTAR di Wetland Putrajaya, 3 Januari 2015.

Pelbagai Aktiviti menarik di sediakan.

#Kepit Bola #Isi Air Dalam Botol berpasukan #Aduhai Cantiknya #Cari gula-gula dalam tepung #Kupas Kacang #Baling bola ke dalam bakul
#Balingan Manja #Romantiknya #Kepit kacang guna chopstick #Boling kampung #Terompah Panjang #Hel-Go #Lari Ikat kaki berpasangan #Tarik Tali

Jomlaaaa kita ramai-ramai Join Hari Keluarga...Hantar borang pengesahan kehadiran tuan/puan.
Saya dah hantar.. Anda bagaimana???




14 Dec 2014

BOWLING SUKAN KELAB PTAR

KEJOHANAN SUKAN PTAR 2014 Acara Bowling akan dipertandingkan di :

Tempat :  Plaza Alam Sentral Megalanes
Tarikh    :  21hb. Disember 2014*
Waktu    :  9.30 pagi


Setiap pasukan rumah diwajibkan menghantar dua 'team'.  Setiap 'team' perlu diwakilkan dengan dua pemain lelaki dan dua pemain wanita (Had Umur dikecualikan).  Sila hantar penyertaan anda melalui borang penyertaan yang dilampirkan di bawah dengan segera sebelum 16hb. Disember 2014.  Penyertaan hanya sah melalui borang yang disertakan sahaja dan hendaklah dihantar melalui email kepada Cik Seri Ida Idayu bt. Sarrffudin ataupun saya sendiri.  Sebarang urusan penyertaan selepas daripada tarikh yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan.

Kepada pasukan-pasukan rumah yang masih lagi belum memenangi sebarang permainan yang telah diadakan, maka inilah masanya untuk anda membuktikan kehebatan anda!  Ayuh jangan malu-malu dan jangan segan-segan, bangkit dan Majulah Sukan untuk PTAR.

*Tarikh yang dicadangkan pada 6hb. DIsember 2014 dipinda disebabkan kesemua tempat permainan bowling yang berdekatan penuh dengan tempahan.


Tuan/puan yang berminat untuk menyertai boling tetapi tidak berkesempatan bermain bersama rumah sukan kerana telah penuh, tuan/puan boleh menyertai kumpulan ini.

Penyertaan:    2 lane X 4 orang = 8 orang (diperlukan) 
    *markah individu
    *1 lane boleh campur lelaki dan perempuan
   
Penyertaan adalah berdasarkan 'siapa cepat dia dapat'

call 03 55438521



sekitar bowling tahun 2013  http://sukankelabptar.blogspot.com/2013/02/foto-kejohanan-bowling-sukan-kelab-ptar.html
tolong hastag  #sukankelabptar , #sukanptar, #kelabptar  bagi setiap posting TQ






ACARA CAROM - Sukan PTAR

http://farm9.static.flickr.com/8222/8384829485_ae89b45e48_m.jpg

Tarikh :-   20hb.Dis.2014(Sabtu)
Masa :-     8.30pg hingga selesai
Tempat :- Ruang Legar Bilik Seminar PTAR 1

Tarikh tutup penyertaan pada 18hb.Dis.2014 (Khamis)



Borang Penyertaan boleh dihantarkan terus kepada Penyelaras Carom En. Rahim Ali atau Puan Rubiah Rajikan

Kepada para pemain setiap pasukan diharap dapat membuat persiapan awal dengan bersarapan sebelum bermain( sarapan pagi  tidak disediakan).

Pihak urusetia hanya menyediakan minuman untuk pemain sahaja.

Para pemain juga diharap dapat hadir awal untuk kelancaran acara.

Para penyokong setiap rumah sukan  datang lah beramai ramai memberi sokongan kepada pasukan anda dan memeriahkan acara yang diadakan.


sekitar pertandingan carom 2013 https://plus.google.com/photos/115056811457335854493/albums/5839550254825714753?banner=pwa

tolong hastag  #sukankelabptar , #sukanptar, #kelabptar  bagi setiap posting TQ






21 Oct 2014

HEBAHAN SUKAN PTAR 2014

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera  Warga  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) kita  akan mengadakan Hari Sukan PTAR 2014.

Berikut disertakan senarai permainan yang dipertandingkan dan senarai ahli rumah sukan yang telah disahkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Sukan PTAR pada 17 Oktober 2014.

Jadual Perlawanan.

Acara Carom               -    25 Oktober 2014    (SABTU)
Acara Bola Tampar     -    01 November 2014 (SABTU)   
Acara Sepak Takraw   -    08 November 2014 (SABTU)
Acara Ping Pong         -    15 November 2014 (SABTU)
Acara Badminton        -    22 November 2014 (SABTU)
Acara Futsal                -    29 November 2014 (SABTU)
Acara Bowling            -    06 Disember  2014 (SABTU)

# untuk acara bowling ,tarikh sebenar akan diberitahu setelah tarikh untuk Hari Keluarga PTAR ditetapkan.

Jawatankuasa Sukan Untuk Setiap Acara.

Acara Futsal               -    Mohd Alfarabie Mohd Nasir & Mohd Hazri Abdul Karim
Acara Bola Tampar    -    Md Haizar Jamian & Ak. Nasaruddin Pg. Tajudin
Acara Sepak Takraw  -    Fauzi Md Noor & Mohd Fauzi Badiran
Acara Ping Pong         -    Abdul Hamid Mohd Salleh & Mohd Sihabudin b Che Ishak @ Ramli
Acara Badminton       -    Mohamad Rusli Ayob & Abdul Rahman Kamarun
Acara Carom              -    Rubiah Rajikan & Rahim Ali
Acara Bowling           -    Nik Lokman Nik Ismail & Seri Ida Idayu Sarffuddin  


 Acara Sukan (Lelaki & Wanita)

 Acara sukan yang akan dipertandingkan adalah :-

 a.      Futsal / Bola Tampar/Takraw
          -    Perlawanan Secara ‘Round Robin’ antara kumpulan mengikut Jabatan/Bahagian
          -    satu pasukan seramai  8 orang
          -    untuk acara futsal perlu ada 2 orang staf veteran
          -    untuk acara bola tampar perlu ada 2 orang perempuan dalam permainan
          -    Perlawanan dijalankan pada hari Sabtu di komplek sukan

b.     Ping Pong / badminton / carom
        -     Perlawanan Secara ‘Round Robin’ antara 4 kumpulan mengikut Jabatan/Bahagian
        -     satu pasukan rumah seramai  10 orang

c.     Bowling.
         -  Merupakan perlawanan antara pasukan rumah yang bertanding.
         -  Setiap pasukan perlu menghantar 2 kumpulan
         -  Setiap kumpulan yang bertanding akan diberi 3 frame untuk mengumpul jumlah mata yang tertinggi.
         -  Perlawanan dijalankan pada hari Sabtu.



Follow dan Like sosial media kelab sukan ptar

 
http://sukankelabptar.blogspot.com/
http://www.youtube.com/user/kelabPTAR

https://www.facebook.com/kelabptaruitm
http://instagram.com/kelabptar

https://twitter.com/KelabPTAR
http://kelabptar.tumblr.com/
https://www.flickr.com/photos/kelabptar/






3 Sept 2014

PTAR FC MENENTANG PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR (PNS FC)



PTAR FC VS PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR (PNS FC)

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (Bola Padang) di antara PTAR FC menentang PNS FC akan diadakan pada:

TARIKH : 4 September 2014 (Khamis)
MASA : 5.30 PM
TEMPAT : Padang Pusat Sukan UiTM





Keputusan

PTAR FC -2 PNS FC -1