Featured Video

14 Dec 2014

BOWLING SUKAN KELAB PTAR

KEJOHANAN SUKAN PTAR 2014 Acara Bowling akan dipertandingkan di :

Tempat :  Plaza Alam Sentral Megalanes
Tarikh    :  21hb. Disember 2014*
Waktu    :  9.30 pagi


Setiap pasukan rumah diwajibkan menghantar dua 'team'.  Setiap 'team' perlu diwakilkan dengan dua pemain lelaki dan dua pemain wanita (Had Umur dikecualikan).  Sila hantar penyertaan anda melalui borang penyertaan yang dilampirkan di bawah dengan segera sebelum 16hb. Disember 2014.  Penyertaan hanya sah melalui borang yang disertakan sahaja dan hendaklah dihantar melalui email kepada Cik Seri Ida Idayu bt. Sarrffudin ataupun saya sendiri.  Sebarang urusan penyertaan selepas daripada tarikh yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan.

Kepada pasukan-pasukan rumah yang masih lagi belum memenangi sebarang permainan yang telah diadakan, maka inilah masanya untuk anda membuktikan kehebatan anda!  Ayuh jangan malu-malu dan jangan segan-segan, bangkit dan Majulah Sukan untuk PTAR.

*Tarikh yang dicadangkan pada 6hb. DIsember 2014 dipinda disebabkan kesemua tempat permainan bowling yang berdekatan penuh dengan tempahan.


Tuan/puan yang berminat untuk menyertai boling tetapi tidak berkesempatan bermain bersama rumah sukan kerana telah penuh, tuan/puan boleh menyertai kumpulan ini.

Penyertaan:    2 lane X 4 orang = 8 orang (diperlukan) 
    *markah individu
    *1 lane boleh campur lelaki dan perempuan
   
Penyertaan adalah berdasarkan 'siapa cepat dia dapat'

call 03 55438521



sekitar bowling tahun 2013  http://sukankelabptar.blogspot.com/2013/02/foto-kejohanan-bowling-sukan-kelab-ptar.html
tolong hastag  #sukankelabptar , #sukanptar, #kelabptar  bagi setiap posting TQ