Featured Video

13 Sept 2016

SUKAN ANTARA STAF (SASSA) 2016 - PTAR


Satu Kejohanan Sukan Antara Staf Shah alam 2016 akan diadakan pada bulan Oktober ini dan PTAR dijemput bagi menyertai kejohanan ini buat kali ke-2.
Objektifnya adalah untuk meningkatkan penglibatan staf-staf didalam aktiviti sukan dan riadah. Mempelbagaikan aktiviti dan menggunakan sepenuhnya ruang
yang ada di dalam UiTM. Mengeratkan Silaturrahim di antara masyarakat kampus dari pelbagai bahagian dan Mempelbagaikan aktiviti sukan di dalam program
“Sporting Campus”

Sehubungan itu, bagi staf yang berkebolehan dan berminat boleh menyertai acara saringan Pasukan PTAR. Acara saringan ini akan menentukan pemain terbaik
mewakili PTAR ke kejohanan tersebut.

Berikut adalah tarikh tutup penyertaan bagi acara saringan:

Tarikh:23 / 09 / 2016 - Jumaat
Masa :12:15 tgh

Disertakan juga poster sukan tersebut dan nama pengurus bagi acara sukan yang dipertandingkan. Bagi yang berminat boleh hubungi terus dengan memberi berikut:

Nama :
No.Pekerja:
Acara Sukan:

atau

Sila Klik Pada Pautan dibawah:
BORANG PENYERTAAN SUKAN STAF PTAR